.... Pengerusi Felda Perlu Kenal Sabit Bukan Kayu Golf | AAKJ



Pelantikan Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor, sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang baharu berkuat kuasa 27 Julai 2018 lalu diharapkan memberi sinar baru kepada peneroka Felda.

Namun sejak dua bulan lalu, Pengerusi baru ini tidak nampak di mana-mana tanah Felda. Malah menurut sumber lebih mudah berjumpa pengerusi Felda ini di padang Golf berbanding di Menara Felda sendiri.

Walaupun pengerusi sebelum ini, Tan Sri Shahrir Samad, membuat pelbagai kenyataan yang menjejaskan kemajuan Felda demi kepentingan tuan politiknya, beliau tetap turun ke bawah mendengar suara peneroka dan cuba menyelesaikan masalah industri sawit.

Dapat pengerusi bawah Pakatan Harapan ini ditunjukkan latar belakang terbilang dari sektor perbankan. Kononnya ini untuk tadbir urus yang lebih baik.

Malangnya sehingga hari ini masalah pembayaran hasil kepada peneroka masih tertunggak. Jumlah eksport kelapa sawit makin jatuh dan program penanaman semula masih tidak jelas dalam pengurusan baru ini.

Pendapatan peneroka jatuh sehingga RM900 sebulan tapi tiada sepatah pun komen atau usaha Pengerusi Felda ini untuk membantu peneroka atau mewujudkan mekanisme penyelesaian sementara.

Jadi dari mengangkat kayu golf beberapa kali seminggu elok Megat Zaharuddin mula turun ke ladang dan mengenali sabit, tajak dan cangkul pula.

Tampak pengerusi baharu ini lebih teruk dari pengerusi lama. Tiada idea, tiada kesungguhan untuk memajukan Felda. Ini masalah bila melantik orang korporat yang tidak peduli hal rakyat dan hanya melihat buku akaun dari bilik dingin Menara Felda.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top