.... Adakah Lembaga Pengarah Felda Yang Baru Dilantik Sekali Lagi Ditipu Oleh Pengurusan Kanan Yang Menjahanamkan Pengerusi-pengerusi Felda Sebelum Ini? | AAKJ



Pelantikan Pengerusi dan ahli Lembaga Pengarah baharu Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) tidak akan menyelesaikan masalah sekiranya tiada perubahan di kalangan pengurusan kanan agensi tersebut.

Bulan lepas Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor dilantik sebagai Pengerusi FELDA yang baharu. Manakala Datuk Dr Othman Omar dari Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah dilantik sebagai Pengarah Besar Felda yang baharu.

Kedua-dua mereka walaupun berpengalaman luas dalam bidang korporat seperti telekomunikasi dan hartanah tetapi sangat cetek dalam dunia perniagaan dan pertanian kelapa sawit.

Selain Megat Zaharuddin, FELDA turut melantik tujuh ahli Lembaga Pengarah baharu (tidak termasuk Pengerusi) yang terdiri daripada tokoh profesional berkuat kuasa pada tarikh yang sama.

Namun Felda sebagai sebuah agensi besar yang mempunyai bajet mencecah berbilion ringgit setahun tidak akan banyak berubah kerana sebahagian besar pengurus kanannya masih orang yang sama.

Felda berhadapan aliran tunai, pengurusan projek yang menemui kegagalan dan penyelewengan yang berterusan. Sehingga kini Felda masih gagal menyelesaikan masalah kelewatan bayaran elaun sara hidup dan hasil peneroka.

Semua ini bukan kerana Pengerusi Felda tetapi kerana pengurusan kanan yang tidak cakna dalam menyediakan bajet dan pelan perkembangan yang tuntas bagi memastikan pertumbuhan perniagaan Felda terus mampan.

Pelantikan Osman Omar pada 1 Oktober lalu juga tidak akan memberi sebarang perubahan kerana beliau bukan orang yang memahami selok-belok perniagaan berasaskan sawit. Kepakaran beliau di PKNS ialah menukar ladang kelapa sawit menjadi perumahan yang menguntungkan.

Maka tidak lama lagi kita akan mendengar Felda akan terus berhadapan isu sama dengan lebih kronik kerana Pengarah Besar yang tidak berpengalaman dalam industri tani hanya akan mendengar cakap pengurus-pengurus kanan Felda yang telah sedekad gagal mengukuhkan Felda.



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top