.... Adakah Felda Lebih Baik Di Bawah Pakatan Harapan? | AAKJ



FELDA yang pernah menjadi benteng ampuh Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO menjadi sebaliknya dalam Pilihan Raya Umum ke-14. Buat pertama kalinya sebanyak 27 daripada 52 kawasan penempatan FELDA yang pernah menjadi kubu kuat UMNO bertukar tangan kepada PAS dan Pakatan Harapan.

Semua ini kerana pelbagai janji Pakatan Harapan (PH) untuk melakukan reformasi dalam Felda dan menaikkan taraf hidup peneroka felda lebih baik.

Antara manifesto PH ialah (1) Menghentikan penyelewengan dalam FELDA, (2) Mengkaji mekanisme mutu pengurusan ladang, (3) mengurangkan beban hutang warga felda, (4) memodenkan kawasan-kawasan Felda.

Malangnya 5 bulan selepas kemenangan PH, Felda bukan sahaja tidak menampakan sebarang kemajuan malah diurus dengan lebih teruk dan cuai. Tiada perancangan menstabilkan harga kelapa sawit, tiada sebarang perancangan menguruskan hutang peneroka, rumah generasi kedua dan lebih teruk peneroka tidak mendapat bayaran.

Apa perubahan yang berlaku kepada Felda sekarang? Yang berlaku hanyalah menukar Pengerusi, Pengurus Besar dan ahli Lembaga Pengarah kepada mereka yang pro-Kerajaan PH.

Yang kita nampak hari ini ialah usaha untuk menjual aset-aset Felda bagi memberi aliran tunai baharu untuk pengurusan Felda.

Yang kita nampak sekarang projek-projek pembangunan bawah Felda terhenti atau tergendala kerana usaha mahu merunding semua projek bagi mendapat bahagian tertentu.

Selepas lima bulan Felda dihimpit pelbagai masalah. Apa akan terjadi lagi lima tahun jika pengurusan tertinggi Felda tidak bersedia berubah?

Selepas lima bulan, pengurusan Felda hanya berminat bermain politik menyalahkan kerajaan lama tanpa benar-benar turun padang menguruskan agensi ini.

Malang nasib peneroka Felda lari dari mulut buaya masuk ke mulut naga

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top