.... Pengerusi Baharu Felda Sekadar Tunggul? | AAKJ



Pelantikan Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor, sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang baharu berkuat kuasa 27 Julai 2018 lalu diharap akan memberi sinar baru kepada agensi tersebut.

Megat Zaharuddin mempunyai pengalaman luas dalam sektor korporat dengan pernah berkhidmat sebagai Pengerusi dan ahli Lembaga Pengarah Maybank sebelum meletakkan jawatannya pada 31 Mac 2017 dilihat sebagai orang yang mampu menyusun dan memulihkan pengurusan kanan Felda.

Malangnya, sehingga hari ini, Megat Zaharuddin tidak lebih daripada seorang tokoh korporat yang datang mengambil elaun dan membenarkan kerosakan tadbir urus Felda melarat seperti virus yang sudah tidak boleh disekat.

Pada awal tahun ini Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menyatakan kemelut FELDA adalah disebabkan oleh salah laku dalam agensi berkenaan. Johari dipetik sebagai berkata, isu seperti model perniagaan yang salah, kelemahan pengurusan dan tadbir urus adalah tiga punca utama beberapa syarikat milik kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mengalami masalah.

Malangnya kenyataan beliau disanggah oleh Tan Sri Shahrir Samad. Sharir jelas ghairah mempertahankan pengurusan kanan Felda kerana tidak mahu merosakkan undi peneroka Felda kepada Barisan Nasional.

Malangnya mengekalkan sekumpulan jerung dalam pengurusan Felda tidak mampu menyelamatkan BN.

Felda berhadapan aliran tunai, pengurusan projek yang menemui kegagalan dan penyelewengan yang berterusan. Sehingga kini Felda masih gagal menyelesaikan masalah kelewatan bayaran elaun sara hidup dan hasil peneroka.

Malangnya Pengerusi yang baru tidak ubah seperti Shahrir yang memejam mata dengan kegagalan pengurusan dan goyang kaki mengambil elaun dan kemudahan.

Sudah jadi Pengerusi buatlah kerja pulihkan Felda. Pelik sekali ngo seperti Anak dan aktivis seperti Mazlan Aliman pun membisu seribu bahasa.

Apakah mereka takut membuat pembaharuan kerana sebahagian pengurusan kanan yang lemah ini adalah orang yang membantu Pakatan Harapan menang pilihan raya lalu?

Semalam Tun Daim zainuddin secara jelas mengakui beliau mendapat bantuan dalaman bagi menghakis sokongan peneroka Felda kepada BN.

Adakah mereka ini dilindungi oleh Daim dan ini menyebabkan Pengerusi baru hanya menjadi tunggul dalam pengurusan Felda?

– Pemerhati Felda

Sumber: myKMU

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top