.... KL Vertical City Sudah Melalui Pelbagai Proses Penilaian | AAKJ



Semalam penulis menerima mesej berikut:

“Wow, the police has closed the case of FGV aka Felda Global Venture illegal land sale to Synergy Promenade @ KLVC aka KL Vertical City, so u may ask, “Is the Si Pendek aka former FGV Chairman going to walk free after selling Felda land to Synergy Promenade?”... if this is true, then any GLC Chairman can commit CBT & yet Walk as free man, great governance, isn’t it? So, to Tun M, where’s the rule of law? Is Tun M going to arrest, charge & sentence 20 years gaol with 10 stroke of rotans per day to the former FGV Chairman?


http://m.utusan.com.my/berita/nasional/pdrm-tutup-siasatan-pemilikan-tanah-projek-klvc-1.748810

Nampaknya masih ada yang tidak faham mengenai perjalanan sesebuah projek membabitkan agensi kerajaan seperti Felda.

Penyelewengan, rasuah dan korupsi mungkin berlaku di peringkat pelaksanaan tapi agak mustahil dalam perjanjian dan kontrak.

Ini kerana sesuatu kontrak beratus juta atau berbilion ringgit seperti KL Vertical City yang akan ditandatangani oleh Felda akan disaring dan dikaji oleh pelbagai pihak. Dari panel pelaburan dalaman, peguam felda, lembaga pengarah dan unit perancang ekonomi JPM.

Komen yang meletakkan sebarang kelemahan projek atas beban Pengerusi masa itu, Tan Sri Isa Samad hanyalah bermotif politik atau kepentingan perniagaan.

Sudah tentu ramai yang mengidam projek pembangunan di segi tiga emas lembah klang ini.

Apabila gagal mendapat hak memajukan maka pelbagai cerita buruk disebarkan bagi memberi tekanan kepada kerajaan menukar pemaju atau menggantung perjalanan projek.

Mendesak Isa Samad dikenakan tindakan juga tidak masuk akal kerana Polis dan SPRM telah menyiasat dan menyatakan tiada kes penyelwengan seperti yang didakwa.

Malahan jawatankuasa Perunding juga telah ditubuhkan pada Februari 2018 dianggotai oleh wakil Kementerian Kewangan, Ketua Pengarah EPU, Pengarah Besar Felda, TKSU Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Pengarah UKAS.

Hendak dakwa bawah apa jika tiada kesalahan dan penyelewengan?

Masyarakat juga telah faham bahawa pemindahan nama tanah kepada Pemaju juga adalah bagi tujuan cagaran pembangunan. Hak dan keuntungan Felda telah dijamin melalui kontrak.

Nama tetap berubah kerana ia merupakan projek pembangunan unit kediaman dan pejabat untuk jualan.

Pembeli unit pejabat dan kediaman akan mendapat hak milik strata sendiri sekaligus ia bukan lagi milik Felda atau Pemaju yang dilantik.

Apa yang tidak diberi perhatian ialah projek pembangunan ini akan menghasilkan pulangan minimum sebanyak RM500 juta kepada Felda.

Selesaikanlah segera kemelut ini dari segi kepentingan perniagaan bukan politik berkepentingan.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top