.... Felda Akan Rugi Jika Berterusan Jadi Mangsa Dendam Politik | AAKJ



Tindakan untuk menubuhkan sebuah lagi Jawatankuasa Rundingan bagi projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) sangat tidak masuk akal dan hanya menyebabkan lebih banyak kerugian kepada Felda dan Pemaju.

Pengerusi Felda Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor selaku orang yang berpengalaman dalam sektor korporat tidak wajar membuang masa meneliti suatu perjanjian yang telah jelas mewujudkan kerjasama menang-menang antara pemaju dan Felda.

Susah sangatkah untuk kerajaan dan pengurusan baru Felda menerima kenyataan bahawa tiada apa-apa unsur merugikan Felda dalam projek ini?

Apakah pengurusan Felda dan panel peguammnya begitu bodoh sehingga urus niaga projek pembangunan seperti ini pun perlu membentuk pelbagai jawatankuasa siasatan.

Baca sahajalah kontrak dan terma perjanjian, apa perlu satu lagi jawatankuasa yang penuh mesyuarat dan menyebabkan projek ini menanggung kerugian kerana terbengkalai?

Apakah kerana projek ini diluluskan oleh pengurusan lama maka ia harus ditangguhkan lagi supaya menampakkan kegagalan?

Baca selanjutnya di MyKMU

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top