Calon Barisan Nasional (BN), Da­tuk Lokman Noor Adam de­ngan nada sinis berkata, kehadi­ran Anwar sebenarnya memberi petanda positif kepada BN dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis dan beliau amat gembira dengan keputusan tersebut.
“Ini tanda positif bahawa mereka tidak yakin untuk menang, walhal Sungai Kandis sebuah DUN kecil dan tidak sewajarnya nama-nama besar termasuk Dr. Mahathir untuk turun sekali.
“Tetapi saya percaya Dr. Mahathir yang dikatakan akan datang ber­kempen tidak akan turun. Sebab apa? Ini kerana ia memalukan be­liau selepas berlaku keretakan dalam Pakatan Harapan dan ada yang tidak mahu calon PKR menang,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat UMNO Bahagian Ko­ta Raja, di sini hari ini.
Yang hadir sama dalam sidang akhbar itu ialah Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad.
Dalam pada itu, Lokman berkata, BN mempunyai polisi tersendiri dalam menjalankan kempen PRK dan tidak akan menggunakan cara 'murahan' bagi menentang lawannya.
“Kita tidak kisah dan tidak ambil peduli kerana kita ada cara serta polisi sendiri. Kita guna dasar lawan dasar, sebab itu kempen berbentuk murahan tidak akan digunakan langsung.
“Kalau kita mahu praktik kempen murahan, kita boleh buat," jelas beliau.