.... Gaji tinggi tidak penting bagi Mahathir? | AAKJ




Segala alasan yang diberi hanya sekadar ingin lari dari janji pilihanraya, baca siri pembohongan tanpa fakta yang diambil dari portal FMT walhal sebelum PRU beliau mengutuk DS Najib kononnya rakyat Malaysia bergaji rendah serta memasukkan gaji minimum sebagai janji kalau menang:-

Negara kaya seharusnya mempunyai rakyat yang punya kuasa beli yang meningkat, bukan hanya kadar gaji atau upah yang tinggi, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata walaupun gaji atau upah dinaikkan hingga 10 atau 25%, namun ia tidak mendatangkan apa-apa kebaikan jika peningkatan itu disusuli dengan kenaikan kos sara hidup.

“Gaji kita lebih tetapi daya beli kita sama dengan sebelum gaji kita dinaikkan,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM), hari ini.

Mengambil contoh negara jiran, Dr Mahathir berkata walaupun negara tersebut mempunyai kadar gaji atau upah yang tinggi mengikut kadar mata wang mereka, namun negara tersebut bukanlah sebuah negara kaya.


Tajuk asal: Gaji tinggi tak jadikan negara kaya - Mahathir

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top