.... Bimbang trend gugur kes mahkamah pemimpin PH | AAKJ



KUALA LUMPUR 31 Julai – Trend pengguguran kes-kes mahkamah melibatkan kepemimpinan Pakatan Harapan (PH) sejak parti itu mengambil alih pentadbiran negara dipersoalkan.
Meskipun bidang kuasa yang ada pada Peguam Negara seperti termaktub di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan per­lu dihormati semua pihak, na­mun pengguguran kes-kes mem­babitkan kepemimpinan tersebut cukup membimbangkan.
Hal itu kerana, menurut Ahli Par­limen Pengerang, Datuk Se­ri Azalina Othman Said, yang digugurkan adalah melibatkan kes-kes jenayah seperti hasutan, pecah amanah dan pembocoran maklumat.
Sehubungan itu, beliau berha­rap supaya perkara tersebut di­be­ri penjelasan kukuh kerana di­bimbangi akan memberi persepsi negatif terhadap amalan doktrin pengasingan kuasa di negara ini.
“Badan kehakiman perlu ke­­kal bebas daripada mana-mana campur tangan termasuk daripada badan eksekutif mahupun legis­la­tif.
“Justeru itu, kerajaan PH per­lu lebih berhati-ha­ti da­­lam setiap tindakan di­­ambil agar tidak me­wu­­judkan persepsi yang salah terhadap ba­­­­dan kehakiman dan perundangan di ne­ga­ra ini,” katanya dalam ke­n­ya­taan di sini hari ini.


Azalina yang juga Ah­li Majlis Tertinggi UMNO berpandangan se­mua pi­­­hak seharusnya ber­pe­­­gang dengan prin­sip rule of law supaya prestij ba­dan kehakiman negara terus di­hor­ma­ti.
Dalam pada itu, Presiden Per­satuan Peguam-peguam Mus­lim Malaysia (PPMM), Datuk Zai­nul Rijal Abu Bakar meminta Peguam Negara, Tommy Thomas menjelaskan secara terperinci jus­ti­fikasi beliau mengenai peng­guguran kes-kes berkenaan.
Perkara itu perlu, kerana menu­rut Zainul Rijal, keputusan yang dibuat itu jika tidak dijelaskan dengan teliti hanya mengundang persepsi negatif rakyat terhadap sistem perundangan dan keha­kiman negara.
“Benar, dari segi undang-un­dang Peguam Negara mempunyai kuasa untuk membuat pen­dak­wa­an atau menghentikan per­tu­du­han. Tetapi isunya di sini ialah ketelusan, jika tidak diterangkan asas-asas mengapa pengguguran itu dilakukan, maka dikhuatiri mem­beri impak negatif kepada sis­tem perundangan ne­gara,” jelas beliau.



© Utusan Melayu (M) Bhd 

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top