Malah beliau turut mengakui kerajaan Pakatan Harapan masih baharu mentadbir negara dan berjanji menjaga kepentingan rakyat serta Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, mandat yang diberi sebelum ini merupakan amanah yang harus dipikul dengan rasa tanggungjawab.
“Saya akui Pakatan Harapan masih baharu. Kadang- kala ada kenyataan mengelirukan dan cuai tetapi kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak lari daripada prinsip yang kita jadikan landasan.
“Malah kita sering ingatkan bahawa kerajaan hari ini tidak sama sekali jejaskan semangat Perlembagaan Persekutuan dengan mengangkat Islam sebagai agama rasmi serta bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,” katanya ketika berucap dalam program Ceramah Khas Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sini malam tadi.
Dalam pada itu, Anwar turut mengakui mahu bertanding di peringkat parlimen pada masa hadapan.
“Ada kerusi kosong di Sungai Kandis , ada kerusi kosong di Balakong dan ada kerusi kosong di parlimen untuk saya bertanding,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE