.... Zam: Keegoan Ku Li makan diri | AAKJ



Terbukti cerah jelas keegoaon Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) telah memakan dirinya sendiri dengan parahnya.
Beliau mejangka masa depan Khairy Jamaludin Abu Bakar bekas ketua pemuda yang menentangnya dalam pencalunannya sebagai Presiden Umno tidak ada tempat lagi dalam Umno jika kalah tetapi beliau sekarang beliau sendirilah yang sudah tidak ada lagi masa depannya dalam Umno.
Beliau mengukur dirinya sebagai seorang veteran Umno yang paling layak untuk menjadi ketua pembangkang menentang Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam parlimen tetapi ternyatalah beliau hanya akan kekal sebagai suara Gua Musang.
Tengku Razaleigh telah tertinggal jauh ke belakang berbanding dengan pencabar-pencabarnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mendapat 93 undi, Khairy Jamaluddin 51 dan beliau hanya mendapat 23 undi.
Nama Ku Li tak tertanam akar umbi
Kedudukannya yang terkebawah sekali membuktikan bahawa nama Tengku Razaleigh (walaupun) kukuh berada dalam arena politik tanah air sejak berabad, sejak zaman perdana menteri kedua Tun Abdul Razak tetapi tenyata namanya tidak tertanam di hati akar umbi ahli Umno.
Sebab utamanya ialah beliau tidak menunjukkan iltizam dalam perjuangan Umno selepas kekalahannya dengan Dr Mahatir selain daripada perjuangan untuk menjadi perdana menteri dan yang terakhir untuk jadi presiden Umno.
Ahli-ahli Umno juga tidak dapat melihat komitmennya dengan pergolakan politik Umno dan tekanan daripada luar parti untuk menggulingkan Datuk Seri Najib dan pemerintahan BN sebaliknya beliau terus membaut langkah dan perhitungan politik untuk survivalnya sendiri.
Orang Umno sudah terlalu cerdik untuk membaca permainan politik ini.
Layak ketua pembangkang parlimen
Dengan penolakannya oleh Umno maka imejnya yang semakin kukuh ialah sebagai hanya wakil rakyat Gua Musang terutama mewakili Orang Asli dan tidak mewakili Umno dan politik pada peringkat Nasional.
Beliau memikirkan bahawa beliaulah yang paling layak untuk mencabar PM Tun Mahathir sebagai ketua pembangkang dalam parlimen tetapi ternyata pengukuran dirinya sendiri itu berbeza dengan penilaian akar umbi Umno walaupun mungkin dilihat layak oleh orang di luar Umno.
Khairy walaupun kalah tetapi mungkin masih mempunyai harapan masa depan dalam parti sekiranya presiden boleh memberikan tempat yang sesuai kepadanya dalam parti kerana beliau mempunyai beberapa kualiti yang boleh menarik minat generasi baru kepada Umno.
Orang Umno marah kepadanya kerana dalam krisis Najib ternyata beliau seorang pemimpin yang tidak mempunyai pendirian dan sikap yang ikhlas yang hanya berani mengkritik pemimpin setelah dia jatuh. Dia adalah oportunis besar.
Zahid taat dengan kualiti Hang Tuah
Kemenangan Datuk Zahid Hamidi adalah kerana kesetiaannya kepada parti (Umno), kepada ketua dan fahamannya kepada politik yang mendarah daging dalam dirinya iaitu tidak ada rakan yang kekal dan musuh yang abadi dalam politik dan beliau tidak menolak bahawa wang adalah sangat penting untuk pengukuhan pengaruh dalam politik dan parti.
Zahid telah membuktikan bertaat setia kepada semua ketuanya dalam parti (Umno) dan dengan kualiti Hang Tuah inilah beliau berjaya menempa sejarah menjadi Presiden Umno yang ketujuh dalam keadaan yang paling tercabar dan Umno tidak lagi mempunyai kuasa.


Tugasnya amat berat dibandingkan dengan presiden -presiden Umno terdahulu. Beliau memerlukan sokongan padu dalam parti.


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top