Presiden Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Adam berkata, kini dua anak Ahli Parlimen Pekan itu, Nooryana Najwa dan Norashman dalam proses untuk membayar ikat jamin bapa mereka.
Menurutnya, kutipan akan diteruskan bagi membantu Najib membayar kos guaman yang dianggarkan berjumlah RM2.4 juta.
Tabung tersebut diwujudkan selepas menyedari Najib membuat rayuan mencagar rumahnya bagi membayar wang jaminan RM1 juta yang ditetapkan Mahkamah Tinggi, Rabu lalu. - UTUSAN ONLINE.