.... Visi ekonomi Tun sukar diyakini pelabur – Nikkei Asian Review. | AAKJ



SINGAPURA : 2 bulan selepas Malaysia menukar kerajaan buat pertama kali semenjak merdeka pada 1957, pelabur telah membawa keluar wang mereka (RM5.83bil dibawa keluar pada bulan Mei) , kerana tidak yakin bahawa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad boleh mencatatkan laluan pertumbuhan yang berdaya maju, menurut artikel yang disiarkan agensi berita Jepun, Nikkei Asian Review.
Ringgit semakin lemah.
Ringgit stabil sebaik sahaja Mahathir mengetuai kerajaan baru kerana beliau menjanjikan fokus yang lebih kepada pasaran. Walau bagaimanapun, sehingga hari ini Ringgit telah jatuh melepasi RM4 berbanding dolar, dan masih kekal pada tahap itu sejak bulan Jun, kerana kebimbangan terhadap kewangan negara. Pendedahan (propaganda?) mengenai hutang negara yang lebih tinggi dari yang dilaporkan pada lebih RM1 trillion juga bagai mencurah minyak ke dalam api.

Bursa yang tidak menentu.
Penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia, yang teguh pada awal tahun ini, menjunam 10 % selepas Mahathir mengambil tampuk kuasa. Walaupun ketegangan perdagangan yang semakin meningkat di antara A.S. dan China mengimbangi saham Asia secara lebih meluas, dasar kerajaan baru telah menyebabkan kemerosotan tersebut bertambah buruk.
Sejak dua bulan lepas, Putrajaya telah memenuhi janji kempen pilihanraya untuk menghapuskan GST, yang telah menimbulkan kebimbangan mengenai kewangan negara. Selain itu kerajaan juga sedang mengkaji projek infrastruktur mega yang dirancang oleh perdana menteri yang kalah, Najib Razak. Projek keretapi laju KL-Singapura, MRT3 telah menjadi mangsa pada polisi ini, dimana saham berkaitan projek tersebut mengalami penurunan termasuk YTL, MRCB, Gamuda dan George Kent.
Mahathir pula sehingga ke hari ini tanpa henti meletakkan tanggungjawab rasuah kepada kerajaan BN lepas. Najib juga telah didakwa atas tuduhan penggelapan wang dari dana kerajaan dalam 1MDB.
Tiada polisi ekonomi baru.
Tetapi, kerajaan baru ini tiada kelihatan menawarkan apa-apa polisi baru berkenaan ekonomi. Mahathir telah menghidupkan semula dasar-dasar dari tugas beliau sebelum ini sebagai perdana menteri dari 1981 hingga 2003, termasuk mewujudkan kereta nasional yang baru dan mempelajari amalan kawalan kualiti (QC) Jepun sebagai sebahagian daripada dasar “Look East” yang diperbaharui.
Dengan industri kereta global yang berubah pada tahap yang memeningkan, sebarang usaha baru berdepan dengan prospek kejayaan yang tidak jelas. Proton Holdings, yang diwujudkan oleh Mahathir sebagai kereta nasional, tidaklah berjaya sepenuhnya, malah menghadapi jualan yang menurun dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Syarikat tersebut kini 49.9% dimiliki oleh Zhejiang Geely Holding Group, syarikat dari China.
Tambah artikel itu lagi, Putrajaya perlu membawa Malaysia ke landasan betul menuju pertumbuhan fiskal yang sihat untuk mengurangkan kejatuhan ringgit. Ini memerlukan strategi pertumbuhan yang jelas, seiring dengan langkah penjimatan yang sedang dilaksanakan
Langkah penjimatan yang dilakukan kerajaan berkait dengan propaganda hutang RM1 Trillion ini dilihat pengkritik sebagai alasan untuk tidak melaksanakan janji-janji pilihanrayanya.
Janji menghapuskan tol dan mengurangkan harga minyak akhirnya menyaksikan cuma harga tomato yang mengalami pengurangan.
TTKM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top