.... UMNO 'tidak kecil hati' MCA, MIC kurang bantu kempen PRK Sg Kandis | AAKJ



SHAH ALAM, 25 Julai (Bernama) -- UMNO 'tidak berkecil hati' dengan kurangnya penglibatan parti komponen BN, MCA dan MIC dalam kempen calon BN untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis.

Bekas presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata kedua-dua parti itu telah melalui suatu keadaan di mana pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) baru-baru ini, MCA cuma memenangi satu kerusi Parlimen sementara MIC memenangi dua kerusi Parlimen.

Sehubungan itu, bekas perdana menteri itu berkata, UMNO memahami bahawa dalam keadaan sedemikian kedua-dua parti itu terpaksa bermuhasabah diri untuk melihat apa kelemahan masing-masing bagi memulihkan semula semangat serta kepimpinan mereka.

"Ini sedang berlaku sekarang ini, misalnya kepimpinan MIC telah beralih kepada presiden baharu tetapi timbalan dan naib-naib masih belum lagi selesai proses pemilihan dalam parti.

"Jadi kita beri tempoh masa kepada mereka namun pemimpin-pemimpin MIC ada juga turun datang bantu kempen kita,? katanya kepada pemberita selepas 'walkabout' bersama calon BN, Datuk Lokman Noor Adam di Kampung Sungai Kandis di sini, hari ini yang turut dihadiri Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.....

 

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top