Dakwaan itu dilontarkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika diminta mengulas mengenai keputusan Pas yang tidak meletakkan calonnya bertanding pada PRK tersebut.
“Pas dan UMNO adik- beradik,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri
majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya di sini hari ini.
Dalam PRK itu, BN diwakili oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam manakala Bebas diwakili calonnya, K. Murthy.
PKR pula diwakili oleh Mohd. Zawawi Ahmad Mughni.- UTUSAN ONLINE