.... “Tidak bersuara isu tarif elektrik sebab cybertrooper PH nanti tuduh saya mahu guling kerajaan, pergilah cari wakil rakyat, kenapa cari saya!” – Rafizi Ramli | AAKJ




Kuala Lumpur : Setelah diasak oleh TTKM dan netizen kerana menikus dan krik krik cengkerik apabila berlaku kenaikan tarif elektrik, akhirnya Rafizi menjawab.
Menurut kicauan di akaun twitter beliau, Rafizi pada mulanya mengatakan akan suarakan kepada pimpinan PH. Tetapi mendakwa beliau bukannya pembangkang, sebaiknya beliau meminta pihak pembangkang yang bentangkan analisis.

“Mengenai kenaikan tarif elektrik kepada  sektor komersil, InSha Allah saya semak dari segi faktanya – berapa pass through rebate, berapa kenaikan gas arang batu dan lain-lain. Akan saya bawa kpd pimpinan PH dan saya suarakan. Tetapi saya bukan pembangkang. Sebaiknya pembangkang yang bentangkan analisis” –Rafizi Ramli.
Rafizi juga berkata beliau tidak mahu menyuarakannya di luar kerana gusar macai maya (cybertrooper) PH akan hentam beliau, dan menuduhnya mahu menggulingkan kerajaan. Tambahnya lagi, jika beliau bawa melalui menteri, proses birokrasinya panjang.
“Kepada yang tanya kenapa lebih baik pembangkang buat analisa & bawa isu, sebabnya kalau saya, proses lebih panjang. Nak hantar kpd menteri, tunggu mesyuarat dll. Klu saya terus sebut diluar, banyak macaimaya PH hentam kata saya tak sedar PH dah jadi kerajaan. Nanti katanya saya nak guling PH HA HA HA! – Rafizi Ramli

Kemudian, Rafizi meminta rakyat supaya jangan kejar beliau, sebaliknya bertanya kepada wakil rakyat yang dipilih pada pilihanraya lepas.
“Ya betul. Ramai yang tak faham. Saya boleh lah sekali sekala suarakan. Tapi ada 222 Ahli Parlimen, 500+ ADUNs, menteri kabinet dekat 30 org, EXCO beratus org di seluruh negara. Mereka ini makan gaji dengan rakyat, merekalah yang rakyat patut kejar kalau ada apa2. Yang kejar aku buat apa?’ – Rafizi Ramli
Sebelum ini sewaktu kerajaan BN menjadi kerajaan, Rafizi Ramli merupakan sosok paling juara menentang apabila terdapat kenaikan tarif elektrik. Pada 2011, Rafizi mendakwa kenaikan tarif elektrik adalah satu rompakan wang rakyat untuk syarikat korporat.
keadilan daily.PNG
Tangkap layar laman web Keadilan Daily
“Hakikatnya, ia satu rompakan yang mengambil lebih banyak wang rakyat untuk diberikan kepada syarikat korporat bagi menggantikan subsidi gas,” – Rafizi Ramli.
Bermula hari ini, tarif elektrik untuk sektor komersil naik. Berita kenaikan tarif tersebut yang tular semenjak kelmarin tidak diulas langsung oleh Rafizi sebaliknya di facebook beliau cuma mengulas mengenai kes cacing pada tin sardin yang ditarik oleh KKM.
-TTKM-

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top