Beliau yang juga Presiden Pakatan Harapan memberitahu, PKR mengamalkan demokrasi dalam pemilihan tersebut.
“Tiada perpecahan. Kita amalan demokrasi,” katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, hari ini. 
Terdahulu, Wan Azizah yang juga Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merasmikan pertandingan abilimpik peringkat kebangsaan dan lawatan di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP), Bangi, dekat sini hari ini.
Kelmarin, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengumumkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden dan dijangka berdepan penyandang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Walau bagaimanapun, Selasa lalu, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mengakui wujud beberapa kem menjelang pemilihan parti bulan depan.
Bagaimanapun, katanya yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, ia adalah perkara biasa dalam parti yang mempraktikkan sistem demokrasi. - UTUSAN ONLINE.