.... Tarif elektrik baharu, Mydin mahu naik harga | AAKJ



Pasar raya besar Mydin terpaksa menaikkan harga barang susulan peningkatan tarif elektrik industri walau 'tidak melampau'. — Foto oleh Mukhriz Hazim
KUALA LUMPUR, 16 Julai — Pasar raya besar Mydin akan menaikkan harga barang susulan keputusan kerajaan meningkatkan tarif elektrik industri.
Pengarah urusannya berkata kenaikan harga juga didorong oleh nilai ringgit yang merosot dan keadaan ekonomi dunia tidak menentu, lapor Sinar Harian.

“Sebenarnya langkah kerajaan mahu menaikkan tarif elektrik tidak sesuai buat masa sekarang kerana keadaan ekonomi negara kita.
“Mydin misalnya terpaksa tanggung kos sebanyak RM4 juta sebulan.
“Saya terus terang, kalau kita tanggung RM4 juta [kos elektrik] dan duit ringgit merosot, saya kena naikkan harga.
“Tapi saya boleh janji kenaikan harga tidak berlaku secara melampau,” kata Datuk Ameer Ali Mydin.
Beliau menjangkakan harga di pasar raya besar itu akan meningkat sebanyak 0.2 peratus susulan cukai barangan dan perkhidmatan kini berkadar sifar.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top