.... SPRM tangkap Najib di kediaman peribadinya | AAKJ



Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dibawa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dari kediaman peribadinya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur hari ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull mengesahkan perkara itu kepada media.
Beliau juga memaklumkan dirinya sedang berjumpa dengan ketua polis negara ketika ini.
"Saya sedang berjumpa dengan ketua polis negara sekarang. Saya akan keluarkan kenyataan media sekejap lagi," katanya.
Beberapa sumber polis dan SPRM yang dihubungi Malaysiakini mendakwa Najib dibawa dari rumahnya petang tadi ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk soal siasat lanjut.
Malaysiakini sebelum ini melaporkan spekulasi kemungkinan Najib ditangkap minggu ini.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top