Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd Zuhdi Marzuki berkata, ini kerana sekurang-kurangnya 95 peratus kaum Cina mengundi PH pada PRU-14.
Katanya, mereka akan memilih mana-mana calon yang mewakili PH sama ada calon itu Melayu, Cina, India atau lain-lain.
“Corak pengundian kaum Cina ini di seluruh negara hampir sama, tidak kira di bandar atau di luar bandar. Begitu juga corak pengundian mereka tidak dibezakan sama ada seseorang itu beragama Buddha, Taoism dan Kristian.
“Malah yang lebih menarik, diyakini ahli-ahli MCA dan Gerakan turut mengundi PH sekaligus menyebabkan parti yang mereka sertai sejak sekian lama kalah teruk. Demikianlah kesatuan kaum Cina untuk mencorakkan politik Malaysia mengikut hasrat yang mereka kehendaki,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE