Dalam masa sama, Ramasamy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai berkata, beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan berhubung laporan yang telah dibuat oleh beberapa pihak terhadapnya.
“Ada pihak yang sengaja mahu ertikan penglibatan saya dalam proses pendamaian di Sri Lanka sebagai sokongan kepada kegiatan pengganas. Itu merupakan fahaman yang dangkal,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE