Katanya, beliau berdoa supaya Najib dilayan seperti seorang yang memegang status bekas Perdana Menteri.
“Berita tular bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak telah ditahan SPRM. Saya merupakan salah seorang yang pernah memberi kritikan kasar kepadanya. Tetapi saya berdoa supaya dia dapat dilayan dengan baik dan dengan bermaruah sebagai seorang bekas Perdana Menteri.
“Saya berdoa semoga keadilan dapat ditegakkan pada akhirnya. Oleh sebab itu saya perjuangkan reformasi,” katanya dalam laman Twitter di sini, hari ini.
SPRM menahan Najib di rumahnya di Jalan Langgak Duta di sini sebelum membawa bekas perdana menteri itu ke ibu pejabat mereka di Putrajaya.
Pasukan Petugas Khas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memaklumkan Najib akan didakwa di mahkamah esok. - UTUSAN ONLINE