.... Projek IC kembali lagi - Mahathir © Projek IC kembali lagi - Mahathir - Abu Leman | AAKJ






Projek IC merujuk kepada dakwaan 'projek rahsia' di mana kerajaan di bawah pimpinan Mahathir kononnya mengadakan operasi bersepadu padahal terselindung muslihat jijik disebaliknya.

Berlaku pada tahun 1980-an dan 1990-an. Pemberian kad pengenalan kepada rakyat asing secara besar-besaran sebagai usaha untuk mengubah demografi Sabah di atas kepentingan Mahathir dalam mengekalkan kuasa.





Projek IC 1980-an

• Hassnar mendakwa bahawa 130,000 pendatang tanpa izin diberikan kad pengenalan dan itu hanya pada tahun 1985 sahaja. Belum termasuk pada tahun-tahun lain.





Projek IC 1990-an

• Dr Chong mendakwa di dalam penyelidikan beliau selama 15 tahun yang dimuatkan dalam buku Lest We Forget menganggarkan kira-kira 600,000 pendatang haram telah diberikan kewarganegaraan di bawah pemerintahan Mahathir.





Projek IC 2018

• 29 Jun 2018 - “Sekarang, sekiranya orang asing datang dengan memiliki kemahiran tertentu yang kita perlukan, mereka akan dipelawa untuk tinggal di negara ini dan malahan menjadi warga negara sekiranya mereka mahu,” – Mahathir.





• 2 Julai 2018 - Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan seramai 200,000 orang dijangka akan mendapat sijil kewarganegaraan.





• 2 Julai 2018 - Cubaan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng untuk menukar kewarganegaraan pelbagai kaum khususnya kaum cina tetapi ditangguhkan kerana mendapat liputan terlalu besar.






Dahulu Mahathir menggunakan muslihat pemberian IC adalah bertujuan untuk meramaikan umat Islam, untuk mengimbangi pengaruh orang kristian, padahal sebenarnya mahu kekal berkuasa. Dan malangnya sekarang, alasan itu tidak boleh lagi digunakan kerana tembelang telah terbongkar.

Muslihat Mahathir dan koncu-koncunya dalam menghalalkan pemberian IC secara besar-besaran pada kali ini adalah kononnya untuk kemasukan tenaga mahir.

Mungkin Mahathir lupa atau mungkin Mahathir rasa macainya lupa bahawa manifesto Pakatan Harapan janji nombor 34 mensasarkan supaya mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan.

Peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan tidak diwujudkan, tetapi beri peluang kepada rakyat asing untuk bekerja disektor tenaga mahir, bahkan mahu diberikan kerakyatan kepada mereka.

Mahathir sudah terbelit dengan permainannya sendiri. Berapa lama taktik yang sama akan bertahan di saat semua rakyat mampu mendapatkan segala maklumat yang hanya di hujung jari? 

Mahathir sedang menggali liang kuburnya sendiri. Mahathir akan masuk sendiri dan mungkin Mahathir juga akan kambuskan sendiri. Kita saksikan sama-sama permainan ini walaupun Shafie Afdal sendiri pernah mengakui dan meminta pengundi memaafkan Mahathir walau dia bersalah dalam isu projek IC.

Apa boleh buat, Malaysia telah memilih.





© Projek IC kembali lagi - Mahathir - Abu Leman


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top