Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam berharap titik tersebut mampu dicapai antara kedua-dua parti termasuk melalui penubuhan satu parti atau satu gabungan.
“Saya amat berharap supaya PRK ini menjadi titik permulaan kerjasama antara UMNO dan Pas menerusi satu ‘coalition’ atau satu parti dengan duduk bersama-sama.
“Kalau tidak boleh maka perlu duduk dalam entiti masing-masing tetapi dengan mewujudkan satu gabungan. Ia penting kerana kita sudah diberi teguran oleh rakyat. Kita lihat kalau campur antara undi UMNO dan Pas kita masih kekurangan. Kita belum dapat separuh daripada Malaysia.
Jadi apa akan jadi kalau kita terus berpecah,” katanya ketika ditemui semasa mengadakan Majlis Ramah Mesra bersama penduduk di Kampung Jawa di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE