Ketika ditemui di luar dewan penamaan, Ahmad menyatakan keputusan itu dibuat selepas beliau menerima arahan daripada Setiausaha Agung PRM, Koh Swe Yong supaya menarik diri bagi memberikan laluan kepada Barisan Nasional (BN) dan PKR bertanding satu lawan satu.
“Niat kita (PRM) tarik diri untuk pastikan pertandingan satu lawan satu di antara BN dan PKR. Kita bukan buat gimik, kita mahu kalahkan Pakatan Harapan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE