.... PRK DUN Sg. Kandis: PKR Selangor cadang tiga nama | AAKJ



MOHAMED AZMIN ALI
SHAH ALAM 10 Julai - PKR Selangor akan mencadangkan tiga nama calon untuk dipilih mewakili parti itu dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis yang akan diadakan pada 4 Ogos ini.



Pengerusi PKR Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, biro politik parti peringkat negeri  akan mengadakan perbincangan mengenai senarai calon berkenaan pada petang ini sebelum diserahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi parti itu. 


“Kita telah mengenal pasti tiga nama dan akan mengikut prosedur yang normal iaitu nama akan diserahkan kepada pucuk pimpinan parti dan berharap ia (nama) akan diumumkan sebelum hari penamaan calon.
“Malah, kita juga melihat tiada masalah untuk mengekalkan kerusi DUN Sg. Kandis berikutan Allahyarham Mat Shuhaimi Shafiei mempunyai rekod cemerlang serta rapat dengan penduduk,” katanya. 
Mohamed Azmin berkata demikian kepada pemberita semasa majlis rumah terbuka Aidilfitri jabatan serta agensi agama Islam Selangor di  Bangunan Sultan Idris Shah, di sini hari ini. 
Kerusi DUN Sungai Kandis kosong selepas penyandangnya iaitu Mat Shuhaimi meninggal dunia akibat kanser limfoma, 2 Julai lalu. - UTUSAN ONLINE.



© Utusan Melayu (M) Bhd 

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top