.... POLIS PANGGIL PENGANJUR PERHIMPUNAN BERHAMPIRAN BUKIT AMAN | AAKJ



KUALA LUMPUR, 17 Julai : Polis akan memanggil penganjur perhimpunan di pekarangan tempat letak kereta berhampiran ibu pejabat polis Bukit Aman hari ini untuk memberi keterangan kerana mengadakan perhimpunan tanpa notis.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata penganjur akan dipanggil kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.
“Kami akan ambil keterangan penganjur kerana mereka jelas mengadakan perhimpunan tanpa kebenaran.
Dianggarkan 60 peserta menyertai perhimpunan itu dan mereka tidak berarak ke bangunan Parlimen,” katanya dalam sidang media di Balai Polis Bukit Jalil di sini, hari ini.
Menurutnya tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku dalam perhimpunan yang bermula 8 pagi itu dan walaupun ada sedikit kekecohanan namun ia dapat dikawal oleh polis. 
Terdahulu, polis menghalang peserta menyertai perhimpunan anjuran kumpulan yang menggelar diri sebagai Pemantau Malaysia Baru daripada menghampiri kawasan Parlimen semasa istiadat pembukaan  Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14 hari ini.
Dalam perkembangan lain, Mazlan berkata pihaknya percaya 26 das tembakan yang dilepaskan di pusat hiburan di Taman Maluri, Cheras pada Jumaat lepas, dilakukan oleh orang upahan.
“Kami juga tidak menolak kemungkinan wujud elemen peras ugut melibatkan kewangan dalam kes itu,” katanya sambil menambah polis ingin menghubungi dua lelaki iaitu seorang ahli perniagaan bergelar Datuk serta rakannya supaya tampil membantu siasatan.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top