.... PM terima kunjungan pemimpin Parti Komunis China | AAKJ



Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menerima kunjungan hormat Naib Menteri Jabatan Antarabangsa Parti Komunis China (CPC) Guo Yezhou di pejabat beliau di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.

Diiringi delegasinya, Guo disambut Dr Mahathir di pejabat beliau pada 2.30 petang. Pertemuan itu berlangsung hampir sejam.
Turut hadiri Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dan Duta China di Malaysia Bai Tian.
Isu yang dibincangkan dalam pertemuan itu termasuk memperkukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan China selain lawatan Dr Mahathir ke China bulan depan.
Guo sedang melakukan lawatan kerja ke Malaysia bermula hari ini hingga 1 Ogos. Beliau dijangka melakukan kunjungan hormat ke atas Timbalan Perdana Menteri dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
- Bernama


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top