.... Pikul amanah, tanggungjawab dengan penuh etika | AAKJ



Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
JOHOR BAHRU 1 Julai - Naib Presiden UMNO yang baharu, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin komited untuk memikul amanah dan kepercayaan yang diberikan dengan penuh etika, kesungguhan dan rasa tanggungjawab.
Justeru, beliau memohon kerjasama semua pihak baik dari dalam mahu pun di luar parti untuk memberikan sepenuh sokongan dan kerjasama.
“Saya memohon kerjasama semua pihak untuk memberikan sokongan dan kerjasama supaya usaha memulihkan UMNO dan mengembalikan kekuatan serta kredibilitinya akan berjalan dengan lancar dan berjaya.
“Ini merupakan satu proses yang berat dan mencabar. Namun, saya yakin, berbekalkan semangat dan dukungan semua pihak, UMNO akan dapat kita pulihkan dengan selayaknya,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor itu juga akan memberikan fokus untuk memastikan segala komitmen dan iltizam yang dizahirkan sepanjang kempen pemilihan akan dilaksanakan denga baik dan sewajarnya. - UTUSAN ONLINE

© Utusan Melayu (M) Bhd 

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top