Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Wan Saiful Wan Jan berkata, perkara tersebut adalah realiti yang perlu diakui oleh semua pihak.
“Mana senang, kita laksanakan, yang mana mencabar sikit-sikit kita kena usahakan dan yang betul-betul tidak boleh dilakukan kerana ada kekangan. Maka kita kena berani mengaku, inilah realitinya.
“Saya ini baru uruskan satu daripada janji, dan saya kasihan kepada menteri yang menguruskan 10 hingga 20 janji, sedangkan satu janji sahaja memakan masa berminggu-minggu untuk dilakukan. Hingga hari ini saya masih tidak mampu lakukan, tetapi akan terus mencuba,” katanya seperti dipetik daripada laporan portal Free Malaysia Today, hari ini. – UTUSAN ONLINE