.... Perkasakan sekolah tahfiz, bukan tutup - Asyraf Wajdi | AAKJ



ASYRAF WAJDI
KUALA LUMPUR 9 Julai - Semua pihak sepatutnya menyelaras dan menumpukan usaha untuk membangunkan generasi baru Islam yang seimbang dengan ilmu duniawi dan ukhrawi serta mampu menerajui kecemerlangan negara masa depan tanpa sedikitpun berorientasikan politik.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi berkata, pihaknya amat kesal dan kecewa dengan gesaan untuk kerajaan Pakatan Harapan (PH) menutup sekolah-sekolah tahfiz yang kononnya tidak memberi harapan kepada masa depan generasi baru Islam.
Asyraf berkata, gesaan demikian tidak berasas dan hanya menzahirkan kedangkalan terhadap usaha memartabatkan agenda tahfiz yang sudah dimulakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.
"Di bawah kerajaan BN, Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) telah digubal dengan bermatlamatkan untuk melahirkan 125,000 Huffaz Profesional dalam tempoh 30 tahun akan datang.
"Mereka ini bukan sahaja berupaya menghafal 30 Juzuk Al-Quran, malah mampu menguasai pelbagai disiplin ilmu dan kemahiran teknikal," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah beliau, bagi mencapai matlamat itu, kerajaan lalu juga sudah memulakan program perintis di 31 buah Sekolah Menengah Agama dan Sekolah Berasrama Penuh, dan 4 buah MRSM di bawah Kurikulum Baru Tahfiz Ulul Albab.
Justeru, tegas Asyraf, Pemuda UMNO menggesa agar kerajaan PH dapat meneruskan DPTN ini, memperbaiki kelemahan yang ada seterusnya memperkasakannya dan bukannya menghapuskan.
Asyraf turut mengingatkan, apa jua keputusan berkenaan sekolah-sekolah tahfiz mesti dirujuk kepada pihak berkuasa agama negeri-negeri kerana hal ehwal agama Islam terletak di bawah bidang kuasa Majlis Raja-Raja dan bukannya Menteri Agama. - UTUSAN ONLINE


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top