.... Peniaga kereta Melayu bantah cadangan hapus AP | AAKJ




KUALA LUMPUR: Persatuan Pengimpot & Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) tidak mahu kerajaan menghapuskan sistem lesen import (AP).
Mempertahankan sistem itu, Presiden Pekema, Zainuddin Abdul Rahman berkata satu-satunya perkara yang perlu dihapuskan ialah levi RM10,000 ke atas penjual kereta yang memegang AP kerana tiada fi seperti itu dikenakan ke atas lesen-lesen import lain.
“Terdapat kira-kira 800 jenis AP di Malaysia dan hanya AP terbuka ini yang dikenakan fi yang mahal itu,” kata Zainuddin selepas bertemu Jawatankuasa Penasihat Kerajaan di Menara Ilham hari ini.
Zainuddin berkata demikian beberapa hari selepas kerajaan berkata ia menyemak semula kadangan menghapuskan sistem AP untuk barang makanan bagi membolehkan harga dikurangkan.
Zainuddin percaya “hampir mustahil” untuk menghapuskan sistem AP.
Ini kerana menghapuskan sistem lesen import berlawanan dengan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, yang melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak, serta kepentingan masyarakat lain, katanya.
Zainuddin memberitahu pengerusi jawatankuasa, Tun Daim Zainuddin bahawa menghapuskan sistem itu akan membebankan peniaga sepertinya.
Beliau berkata dia sudah membelanjakan RM20 juta untuk kedai pemeran keretanya dan tidak akan dapat beroperasi secara sah tanpa lesen AP.


Terdahulu, Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) mencadangkan sistem AP dihapuskan bagi mengurangkan harga barangan kerana terdapat unsur monopoli melibatkan beberapa pemegang AP.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top