.... 'Pegawai akhbar' Syed Saddiq letak jawatan | AAKJ




'Pegawai akhbar' Syed Saddiq letak jawatanKUALA LUMPUR: Pegawai akhbar sementara Menteri Belia dan Sukan, Numan Afifi yang dikecam sebelum ini mengambil keputusan meletak jawatan daripada tugas berkenaan.

Menerusi kenyataan medianya pada Isnin, Numan menyifatkan kecaman dan ancaman yang hebat oleh agen propaganda pembangkang telah menyebabkan mustahil untuknya menjalankan amanah yang diberi.

"Saya akan ke luar negara dalam masa terdekat untuk menentukan apa hala tuju saya selepas ini.


"Saya berhasrat untuk mengulang dan menegaskan kenyataan YB Menteri bahawa setakat ini belum ada sebarang perlantikan rasmi di Pejabat Menteri.

"Menjawab mengenai isu beberapa nama yang tertera di laman web rasmi Kementerian, saya dimaklumkan terdapat unsur-unsur sabotaj dan siasatan dalam sedang dijalankan," katanya.

Beliau menambah, YB Menteri akan mengambil tindakan tegas ke atas pesalah.

Pada masa sama, Numan berharap hidup bermasyarakat di Malaysia yang meraikan kepelbagaian tanpa prejudis dapat diamalkan dan menghargai segala sokongan yang diberikan kepadanya.

Numan merupakan pentadbir bagi kumpulan WhatsApp untuk menyelaraskan jadual kerja Syed Saddiq dan pihak media selepas anggota parlimen Muar itu memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.




Beliau juga sebelum ini memperkenalkan diri sebagai "pegawai akhbar" kepada menteri muda berkenaan.

Bagaimanapun pelantikan itu mencetuskan kritikan sesetengah pihak yang mendakwa Numan memperjuangkan hak 'Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual' (LGBT) justeru tidak sepatutnya dilantik sebagai kakitangan kementerian berkenaan.


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top