Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, walau bagaimanapun parti tersebut sama sekali tidak akan bergabung dengan UMNO.

“Kita kerjasama dengan semua dalam perkara yang membawa kebaikan kepada rakyat
“Tidak, kita tak akan bergabung dengan UMNO,”katanya kepada pemberita selepas perasmian Istiadat Persidangan Penggal Pertama Parlimen ke-14 Dewan Rakyat dan Dewan Negara oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.
Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Pas dan UMNO keluar dewan sebagai tanda protes atas cara perlantikan Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat semalam. - UTUSAN ONLINE