.... PAS desak segera siasat Ramasamy | AAKJ



KUALA LUMPUR: PAS meminta polis segera menyiasat Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy yang didakwa terbabit dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di Sri Lanka.
Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan berkata, gambar beliau bersama pengasas dan Setiausaha Agung parti politik Marumalarchi Dravida Munnetra Kazhagam (MDMK), Vaiko atau V Gopalasamy yang dimuatnaik di media sosial pada 14 Julai lalu menimbulkan pelbagai persoalan dan persepsi.
Katanya, ia berikutan gambar menunjukkan Ramasamy berada dalam satu mesyuarat bersama jawatankuasa LTTE yang disenaraikan sebagai antara pertubuhan pengganas oleh Council of the European Union pada 21 Mac lalu.
"Selain itu, gambar Ramasamy bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam, M Satees yang memberikan penghormatan kepada gambar Kalashnikov (rifle AK-47) di sebuah majlis tiga tahun lalu turut ditular semula oleh pengguna Facebook dengan mengguna nama Zamri Vinoth.
"Isu ini dikhuatiri akan menggugat kestabilan politik dan keamanan di Malaysia kerana beliau (Ramasamy) yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP boleh mempengaruhi masyarakat berkaitan hal-hal lain.
"Justeru, siasatan menyeluruh perlu dilakukan ke atas beliau dan individu lain dengan segera," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Sebelum ini, Ramasamy mencetuskan kontroversi apabila mendesak kerajaan untuk menghantar pulang penceramah bebas, Dr Zakir Naik ke India.
Ramasamy turut mengingatkan kerajaan supaya menghormati perjanjian ekstradisi dengan India yang ditandatangani pada 2010 membabitkan Zakir.
Bagaimanapun, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memutuskan Zakir tidak akan dihantar pulang selagi beliau tidak menimbulkan masalah selain sudah diberikan taraf penduduk tetap.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top