Beliau berkata, mengikut Perlembagaan PKR, usianya yang memasuki 36 tahun ketika ini tidak mengizinkannya untuk mempertahankan jawatan tersebut.
“Saya terlalu tua, tidak sama seperti parti lain yang membenarkannya. Jadi apabila anda berusia lebih 35 tahun, anda tidak boleh bertanding dalam sayap pemuda.
“Jadi, saya akan melihat pilihan-pilihan yang saya ada. Malah, saya juga telah berbincang tindakan selanjutnya dengan beberapa kawan dalam dan luar parti,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini. - UTUSAN ONLINE