Nik Nazmi yang juga merupakan Ahli Parlimen Setiawangsa turut menyatakan bahawa beliau akan bertanding untuk jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dalam pemilihan kali ini.
“Saya juga ingin ulangi sokongan saya bagi @anwaribrahim (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dipilih sebagai Presiden PKR dalam pemilihan kali ini.
“Kami telah berjaya ke hadapan setelah zaman reformasi, tetapi perjuangan kita untuk memastikan negara yang lebih adil bagi rakyat kita belum lagi berakhir,” katanya di akaun Twitter miliknya, hari ini.
Naib Presiden PKR, Rafizi mengesahkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR yang kini disandang oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE