Najib didakwa atas Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan Seksyen 23 Akta Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Peguam Negara, Tommy Thomas memohon supaya kesemua kes terhadap Najib dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk pengakuan diambil.
Najib didakwa melakukan pecah amanah ketika menjadi Perdana Menteri dan penasihat SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM42 juta.
Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin membenarkan kes terhadap Najib dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. - UTUSAN ONLINE