.... Lelaki kahwini budak 11 tahun mesti dibicarakan | AAKJ



BANGKOK: Perkahwinan seorang warga Malaysia dengan kanak-kanak Thailand berusia 11 tahun di wilayah Narathiwat jelas melanggar pelbagai undang-undang tempatan.
Ini adalah pandangan seorang bekas anggota jawatankuasa mengenai hak kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Sanphasit Koompraphant, semalam.
Sanphasit berkata, lelaki itu melakukan kesalahan jenayah jika melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak di bawah usia 13 hingga 15 tahun.
"Perkara itu mencabul undang-undang yang menetapkan seseorang itu melakukan rogol ke atas kanak-kanak di bawah usia 13 tahun tidak kira sama ada mendapat atau tidak mendapat keizinan kanak-kanak itu," katanya.
Sehubungan itu, beliau menggesa polis kedua-dua negara mengambil tindakan segera ke atas lelaki Malaysia yang berusia 41 tahun itu, lapor akhbar The Nation.
Sanphasit mengulas laporan mengatakan lelaki Malaysia itu melintas masuk sempadan dari Gua Musang, Kelantan, ke Sungai Golok di Narathiwat untuk bernikah dengan kanak-kanak berkenaan.
Lelaki itu yang namanya tidak didedahkan, adalah seorang imam yang sudah mempunyai dua isteri dan enam anak berusia lima hingga 18 tahun serta seorang daripada mereka adalah kawan kanak-kanak Thailand terbabit. - AGENSI

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top