Menurut Pengurus Besar Kanan Jabatan Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, kuota haji rasmi negara masih kekal sebanyak 30,200 seperti tahun lalu, iaitu sebanyak 0.1 peratus daripada jumlah keseluruhan rakyat Malaysia.
“Tabung Haji telah membuat persiapan rapi terutamanya dari segi penginapan di Mekah dan Madinah, penerbangan, pengangkutan, sajian makanan serta penyelarasan tugas dalam usaha untuk memastikan kebajikan jemaah terjamin sepanjang tempoh menunaikan ibadah haji.
“Para jemaah juga telah menghadiri Kursus Perdana Haji di seluruh negara bermula minggu lalu bagi meningkatkan tahap pengetahuan jemaah berkaitan ibadah haji, terumanya dari segi praktikal,” katanya dalam sebuah kenyataan di sini hari ini.
Penerbangan pertama haji ke tanah suci akan berlepas pada 14 Julai ini manakala penerbangan terakhir dijadualkan pada 14 Ogos. - UTUSAN ONLINE