Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kerjasama itu tidak semestinya melibatkan pembentukan struktur atau penggabungan tetapi lebih kepada kesepakatan dan persefahaman.
“Ini penting untuk kita mengimbangi kerajaan hari ini agar mereka tak sewenang-wenang melakukan perkara yang boleh dipersoalkan seperti Janji 100 hari.
“Kita tak mahu mereka terlalu selesa setelah berjaya membohongi rakyat dan dapat kuasa akhirnya boleh beri pelbagai alasan kenapa janji tak mampu ditunaikan,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas melancarkan Gerak Kerja Biro-Biro Wanita UMNO Bahagian Batu Pahat, di sini sebentar tadi.
Yang turut hadir, Timbalan Ketua UMNO bahagian, Zaidi Japar dan Ketua Wanita UMNO bahagian itu, Datin Hajar Abdul Rahman. -UTUSAN ONLINE