Menterinya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau sendiri dimaklumkan mengenai perkara itu oleh peniaga ketika melakukan tinjauan termasuk di pasar Bayan Baru, di sini pagi ini.
Menurutnya, dalam tinjauan itu, peniaga turut mengakui harga barangan menyaksikan penurunan sama seperti kajian yang dibuat di peringkat kementeriannya sebelum ini.
“Ada kebenarannya mengenai penurunan harga barang menerusi tinjauan yang dilakukan oleh kementerian, itu fakta yang saya dapat (dalam tinjauan pagi ini).
“Malah, peniaga juga mengakui orang ramai kini semakin berani untuk berbelanja selepas GST dihapuskan,” katanya kepada pemberita selepas tinjauan di pasar berkenaan.
Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk orang ramai mempersoalkan kenyataan Saifuddin mengenai penurunan harga 147 barangan sehingga 70 peratus antara 1 Jun hingga 30 Jun lalu.
Malah, Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan turut mendesak Saifuddin mendedahkan laporan kajian itu supaya rakyat dapat membuat perbandingan dengan realiti harga di pasaran. – UTUSAN ONLINE