Malah Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin menyifatkan janji tersebut hanyalah ‘game’ yang dikenakan kepada rakyat di negara ini semata-mata mahu meraih undi.
Katanya, banyak bukti jelas dapat dilihat menerusi janji yang ditabur kepada pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.
“Lihat janji berhubung pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Dulu kata lain sekarang kata lain.
“Apabila ditanya menteri kasut hitam, beliau kata masih dalam kajian. Mengapa waktu berjanji dahulu tidak kaji ? Jadi saya berharap rakyat boleh buat keputusan pada 4 Ogos nanti supaya kerajaan ada pembangkang kuat yang boleh suarakan pandangan anda, “ katanya ketika menyampaikan ceramah dalam kempen Barisan Nasional (BN), di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE