Khairy memberi ucapan tersebut terhadap Rafizi yang bakal bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR, yang kini disandang oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
“Selamat maju jaya, @rafiziramli (Rafizi). Harap keputusan kamu berbeza dengan saya,” katanya di akaun Twitter miliknya, hari ini.
Khairy tewas dalam pertandingan tiga penjuru bagi jawatan Presiden UMNO baru-baru ini.
Sementara itu, baru-baru ini, Rafizi menjawab teka-teki orang ramai apabila mengesahkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti itu bulan depan. - UTUSAN ONLINE