Beliau berkata, amalan demokrasi membenarkan mana-mana calon untuk bertanding sesama mereka dalam parti.
“Kalau lawan mesti ada beberapa kem. Kalau tidak, tak ada lawan. Kita mengamalkan demokrasi jadi amalan demokrasi membenarkan calon untuk bertanding.
“Biarkan mereka bertanding. Selepas itu, mereka boleh menjadi kawan semula,” katanya dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen, hari ini. - UTUSAN ONLINE