.... Kes Najib, mahkamah keluar perintah larangan sementara media | AAKJ




KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, membenarkan perintah larangan sementara bagi menghalang media daripada melaporkan berhubung merit kes pecah amanah dan menyalahgunakan kedudukan yang dihadapi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Hakim Datuk Mohd Sofian Abdul Razak membuat keputusan itu selepas selesai mendengar hujah peguam, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib dan Peguam Negara, Tommy Thomas.
Mahkamah memerintahkan perintah itu berjalan sehingga 8 Oktober sebelum Muhammad Shafee membuat permohonan rasmi berhubung isu itu pada tarikh sama.
Terdahulu, Muhammad Shafee mengemukakan permohonan itu atas alasan anak gumanya menghadapi 'perbicaraan' oleh media sejak beliau bukan lagi Perdana Menteri.
"Orang awam membuat kenyataan seolah-olah Najib sudah didapati bersalah. Saya memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya tiada perbincangan di media berhubung merit kes itu.
"Perintah menghalang ini perlu bagi memastikan anak guam saya mendapat perbicaraan adil. Ia juga bagi mengawal penyebaran dokumen mahkamah dan merit kes sehingga boleh menyebabkan ketidakseimbangan dalam perbicaraan," katanya.
Sementara itu, Thomas membantah kerana permohonan seumpama itu belum pernah dikemukakan sebelum ini dan ia menafikan kebebasan bersuara rakyat Malaysia.


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top