.... Kenyataan pemimpin PH isu calon Speaker mengelirukan | AAKJ



15 JULAI: Selepas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah membuat kenyataan mengelirukan berhubung calon Speaker, hari ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong menyusutkan lagi keadaaan.
Jika minggu lalu Wan Azizah dan Saifuddin menyatakan nama calon Speaker belum diputuskan, baru disenarai pendek dan akan dihantar sebelum 16 Julai, Liew pula mendakwa, nama calon bagi jawatan itu sudah dihantar ke Dewan Rakyat, 2 Julai lalu.
Liew Vui Keong
Peliknya, kenyataan menteri itu muncul selepas beberapa pihak mempersoal sama ada PH mematuhi Peraturan Mesyuarat 4, yang menuntut nama calon bagi jawatan Speaker mesti dihantar 14 hari sebelum sesi Penggal baharu Parlimen bermula.
Malah, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut menyentuh isu sama di dalam catatan di Facebook beliau dengan mengingatkan, jangan menyalahkannya jika PH gagal melantik Speaker pada persidangan Isnin ini.
Dalam kenyataan hari ini, Liew berkata nama calon speaker telah diserahkan pada 2 Julai lalu sebagai mematuhi peraturan agar nama diserahkan 14 hari sebelum persidangan parlimen kali pertama.
Malangnya, beliau menuduh beberapa pihak membuat dakwaan tidak berasas berhubung keperluan menyerahkan nama 14 hari sebelum sidang parlimen ini dengan niat mengelirukan orang awam.
Sebenarnya, pemimpin PH seperti Wan Azizah, Saifuddin dan Liew yang cuba mengelirukan rakyat berhubung pelantikan Speaker.
Wan Azizah pula pada 8 Julai lalu berkata PKR hanya mengadakan perjumpaan pada hari itu untuk membincangkan calon speaker dan mesyuarat peringkat tertinggi PH akan diadakan dalam masa terdekat.
Jika pada 8 Julai belum hendak dibincangkan, bagaimana Liew mendakwa PH sudah menghantar nama Speaker pada 2 Julai.
Lagipun, media pada 9 Julai melaporkan Ahli Parlimen PKR Sungai Petani Datuk Johari Abdul merupakan calon yang dipilih PH untuk menjadi Speaker.
Namun, PH selepas itu membatalkan rancangan untuk menyerahkan nama Johari selepas merujuk Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan dia melepaskan kerusi dewan undangan negeri (DUN) Gurun di Kedah.
Muhammad Ariff
Terkini, PH dilaporkan akan memilih bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamad Ariff Yusof sebagai calon Speaker.
Mohamad Ariff semalam bagaimanapun berkata beliau belum menerima surat pelantikan sebagai Speaker.
Sepatutnya, beliau harus tahu pelantikannya hanya boleh disahkan jika namanya dihantar 14 hari sebelum tarikh 16 Julai dan tiada calon lain dikemukan oleh parti pembangkang.
Diharap di dalam situasi ini tidak ada surat ‘backdated’ bagi menggambarkan PH mematuhi Peraturan Mesyuarat 4 tersebut.
Apa pun, sekiranya Mohamad Ariff sah dipilih sebagai Speaker nanti, ia satu lagi manifesto PH tidak dipatuhi kerana mereka  berjanji melantik Speaker di kalangan Ahli Parlimen.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top