.... Kenapa Guan Eng biar PM jawab soalan Zahid | AAKJ



23 JULAI: Tindakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab bagi pihak Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam sesi soal jawab berhubung cadangan untuk membuat pinjaman kewangan daripada Jepun mencetuskan kelainan di Dewan Rakyat.
Timbul tanda tanya adakah Guan Eng tidak bersedia atau tidak tahu menjawab soalan berkaitan pinjaman itu yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berada di dalam Dewan ketika Zahid bertanya soalan dan Dr Mahathir menjawab.
Petugas media yang sudah biasa dengan prosedur Parlimen tahu bahawa jika menteri tiada bagi menjawab soalan, tugas diambil timbalan mereka.
Guan Eng ketika diaju soalan tersebut berkata, member alasan bahawa perdana menteri merupakan orang yang paling berkuasa dan  mempunyai hak untuk menjawab bagi pihaknya.
“Perkara ini ditimbulkan dan dinyatakan oleh beliau (Dr Malathir) terlebih dahulu dan saya rasa sikap kebertanggungjawaban beliau haruslah dipuji,” kata ahli parlimen Bagan ketika ditemui media di lobi parlimen hari ini.
Ahmad Zahid yang bertanyat soalan nombor satu Dewan Rakyat hari ini meminta menteri kewangan menjelaskan alasan untuk Malaysia membuat pinjaman kewangan daripada jepun yang mempunyai tukaran wang yang lebih tinggi.


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top