Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, dasar itu sebenarnya tidak mengetepikan kepentingan kaum-kaum lain.
“Dasar MEB tidak ketepikan lain-lain kaum. Menolak MEB bererti Perlembagaan dinafikan. Pembangkang menolak saranan kerajaan. Ia hanya membangkitkan kemarahan bumiputera,” katanya dalam Twitter di sini hari ini.
Semalam, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi menerusi jawapan bertulis terhadap soalan William Leong Jee Keen (PH-Selayang) memaklumkan kerajaan Pakatan Harapan akan meneliti semula dasar-dasar utama negara termasuk MEB. - UTUSAN ONLINE