.... Isu kesesakan Jalan Seremban-Kuala Pilah Bakal Ditangani | AAKJ



Hasil carian imej untuk seremban kuala pilah highwayKUALA PILAH, 9 Julai (Bernama) -- Isu kesesakan Jalan Serempan-Kuala Pilah yang menjadi rungutan masyarakat setempat sejak sekian lama perlu ditangani segera bagi membolehkan lebih banyak limpahan ekonomi dibawa ke daerah itu.

Anggota Parlimen Kuala Pilah Eddin Syazlee Shith berkata masalah itu antara agenda yang diberi perhatian serius oleh beliau selepas dipilih sebagai wakil rakyat kawasan itu pada Pilihan Raya Umum ke-14, pada Mei lepas.


"Perkara yang menjadi asas kepada rakyat Kuala Pilah yang paling penting adalah jalan yang menghubungkan Bukit Putus dan Kuala Pilah yang setiap minggu tidak kira musim perayaan atau tidak memang selalu menjadi masalah disebabkan terlampau banyak kenderaan.

Jadi ini adalah asasnya, kalau jalan ini dapat dimajukan saya percaya isu-isu pembangunan negeri akan datang dengan sendirinya, kerana rangkaian yang menghubungkan Kuala Pilah maka lebih ramai orang berminat untuk melabur dan menjalankan perniagaan di Kuala Pilah," katanya kepada Bernama di sini.

Jalan Seremban-Kuala Pilah sepanjang 23 kilometer itu mengambil masa 24 minit perjalanan dari Seremban sekiranya tidak sesak dan boleh menjangkau lebih sejam sekiranya jumlah kenderaan bertambah pada satu-satu masa. Ia juga antara laluan pengguna jalan raya untuk ke Pantai Timur.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top